Thursday, October 26, 2017

Kenangan indah di Singapura Pandu Puteri Tunas


September 2016, Pandu Puteri Tunas SK Convent 1 Bukit Nanas, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Singapura. Kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi di Dewan Merah untuk menaiki bas kek Singapura. Kami berasa sungguh teruja.

Di Singapura kedatangan kami disambut mesra oleh 'GirlGuides Singapore' dan mereka menyediakan tempat tinggal di sebuah hostel khas iaitu 'Girl Guides Singapore'.

Banyak aktiviti yang telah kami lakukan di sana bersama ahli 'Girl Guides Singapore' seperti membuat layang-layang, melawat zoo malam Singapura, melawat rumah salji dan beberapa pusat peranginan. Seronok sangat bila kami dapat pergi berjalan-jalan dan berkenalan antara satu sama lain dengan ahli 'Girl Guides Singapore'

Pada hari terakhir lawatan,sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami bertukar-tukar cenderamata untuk dijadikan sebagai kenangan indah dan ingatan pada masa akan datang.